Monday, 26 May 2014

10 Tips Untuk "Picky Eaters"


10 Tip Untuk Menangani “Picky Eaters”
1.        Berita baik untuk ibu2, and sebenarnya tidak perlu “berperang” dengan anak2 “picky eaters” bila tiba waktu makan. Cuba amalkan tips ini untuk menikmati waktu makan yang aman J
1.        Jangan paksa anak anda makan jika dia tidak lapar – ini mungkin akan buatkan “picky eater” ini tidak suka apabila tiba masa makan. Sebaliknya hidangkan makanan dalam kuantiti yang kecil untuk beri peluang anak anda meminta hidangan tambahan dengan sendiri.

2.       Jangan benarkan anak anda minum jus atau susu antara waktu makan, ini mungkin mengurangkan selera makan anak anda. Hanya berikan jus/susu pada waktu makan sahaja dan tetapkan waktu makan yang sama pada setiap hari.

3.       Ketika memperkenalkan makanan yang belum pernah dimakan oleh anak anda, bercakaplah dengannya tentang perkara selain daripada rasanya – contohnya bentuk dan aroma makanan tersebut. Ingatlah yang anda mungkin perlu mencuba berkali-kali sebelum anak anda mula membenarkan makanan itu masuk ke mulutnya. Hidangkan makanan baru itu bersama-sama dengan makanan kegemarannya untuk menggalakkan anak anda mencuba makanan yang baru diperkenalkan itu.

4.       Jadikan waktu makan penuh keriangan – hidangkan sayuran dengan sos/dip kegemarannya, dan potong2kan makanan dalam bentuk yang menarik dengan menggunakan acuan biskut.

5.       Ketika membeli-belah barang makanan di pasaraya, suruhlah anak anda memilih buah2, sayuran2an dan lain-lain makanan berkhasiat. Jangan beli makanan yang anda tidak mahu anak anda makan.

6.       Benarkan anak anda membantu dalam penyediaan makanan, contohnya membasuh sayur-sayuran atau di bawah pemerhatian ketat anda, memotong buah-buahan. Anak anda akan lebih tertarik untuk memakan makanan yang disediakannya sendiri.

7.       Pastikan televisyen dan gadget2 lain ditutup ketika waktu makan supaya anak anda tidak hilang focus terhadap makanan.

8.       Jangan berikan pencuci mulut (“dessert”) sebagai hadiah/ganjaran kerana ini akan membuatkan anak menganggap ia adalah makanan terbaik dan menambahkan keinginan anak anda kepada makanan yang manis2. Sebaliknya hanya beri dessert pada 2-3 hari yang tertentu sahaja dan tiada dessert pada hari-hari lain dalam minggu tersebut. Atau, lebih baik lagi, ajar anak anda yang “dessert” adalah yoghurt, buah-buahan atau pilihan berkhasiat yang lain.

9.       Jadikan diri anda contoh yang baik (role model) – jangan harap sayur akan menjadi makanan kegemaran anak anda kalau anda sendiri tak pandang sayur sebelah mata pun.

10.   Jika anda risau yang tabiat makan anak anda mempunyai kesan buruk ke atas kesihatan and perkembangan anak anda, berjumpalah dengan doctor anak anda. Ingatlah tabiat makan anak anda tidak akan berubah dalam sekelip mata, tetapi setiap langkan kecil yang anda ambil setiap hari boleh membantu anak anda mengamalkan tabiat makan yang sihat sepanjang hidupnya.       
Anda juga boleh bantu tingkatkan selera makan anak anda dengan memberinya Shaklee Mealshakes, seperti yang ramai telah cuba dan berjaya.



Hubungi saya untuk dapatkannya:-

Telefon/SMS/Whatsapp - 012-2130982 (Baizurah)