Tuesday, 12 March 2019



ANTIOKSIDAN : KENAPA KITA PERLUKANNYA
Kita tahu antioksidan baik untuk kesihatan. Tapi adakah kita tahu kenapa sebenarnya kita perlukan antioksidan? Kenapa ia sangat penting untuk bantu elakkan penyakit kronik dan lambatkan proses penuaan. Kita kerap menyebut tentang antioksidan, tetapi adakah kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan sebagai antioksidan dan implikasinya pada kesihatan? Jom kita lihat…
Secara saintifiknya antioksidan adalah sesuatu yang menghalang “oksidasi”. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan “oksidasi” itu?
Bayangkan isi buah epal yang baru dipotong kemudian bertukar kepada warna coklat atau paku besi menjadi berkarat. Ini adalah contoh-contoh proses oksidasi yang berlaku setiap hari.
Proses yang sama membawa ancaman kerosakan kepada sel2 badan kita setiap hari. Kebiasaannya proses oksidasi ini mengakibatkan kerosakan atau kemusnahan. Sesetengah sel yang rosak mampu untuk pulih dengan sendiri manakala sel-sel lain yang tidak mampu berbuat demikian.
Oksidasi menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel-sel di dalam badan. Radikal bebas membawa kesan negatif kepada kesihatan membran sel, protein dan ekspresi DNA. Selain dari menyumbang kepada proses penuaan, ia juga memainkan peranan dalam penyakit2 kronik seperti kanser, kencing manis, penyakit jantung dan lain2. 
Jadi, bagaimanakah caranya kita dapat melindungi sel2 dari kerosakan dan kemusnahan ini?
Antioksidan mampu membantu menghentikan atau menghalang kerosakan pada sel-sel badan yang diakibatkan oleh radikal bebas. Malah ia juga berupaya melindungi dan membaiki kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas, serta meningkatkan daya ketahanan badan.
Antioksidan boleh didapati dalam jumlah yang sangat banyak secara semulajadi, kerana tumbuh-tumbuhan mengandungi antioksidan untuk melindungi diri mereka sendiiri.
Tubuh kita memerlukan nutrisi yang terkandung di dalam makanan untuk meneutralkan kesan-kesan akibat proses biokimia kita sendiri. Bagaimanapun realitinya sukar untuk mendapatkan antioksidan yang cukup melalui pemakanan di dalam dunia serba moden ini disebabkan masyarakat kini yang sangat kekurangan nutrisi - diakibatkan oleh urbanisasi, penggunaan tanah pertanian secara berlebihan, perladangan secara intensif, stress, pengambilan makanan berproses yang terlalu banyak.
Radikal bebas bukan sahaja terhasil secara semulajadi di dalam badan. Kita juga  menyerapnya dari persekitaran. Ini termasuklah dari memakan makanan yang hangus digoreng atau apabila tubuh terdedah kepada bahan kimia di dalam racun serangga di dalam rumah, komestik atau barangan domestik serta pelbagai lagi sumber lain melalui persekitaran kita.
Oleh itu antioksidan sangat2 penting untuk kesihatan kita kerana ia mempunyai implikasi pada penuaan secara sihat, mengurangkan berlakunya penyakit kronik serta memperbaiki kognisi dan kesihatan mental. Natijahnya antioksidan berfungsi untuk mengekalkan dan memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan secara amnya.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mendapat perlindungan?
· Makanlah makanan organik dan/atau hasil tempatan sebanyak yang mungkin.
· Jadikan pemakanan kita berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan protein yang berkualiti tinggi.
· Minimumkan dan yang terbaik adalah hentikan sama sekali pengambilan makanan berproses, yang biasanya tiada langsung sebarang nutrisi antioksidan.
· Jaga kesihatan minda dengan mengekalkan hidrasi dan keseimbangan antara pekerjaan dan keluarga.
· Jagalah perut anda. Perut sihat, badan pun sihat.
· Pastikan pemakanan anda mengandungi nutrien penting yang membantu sokongan aktiviti antioksidan yang tinggi, seperti:
· Kunyit - mengandungi bahan aktif curcumin. Rempah ini terkenal dengan keupayaannya untuk memperbaiki kognisi dan mengurangkan kesan-kesan penuaan.
· Vitamin C - memperbaiki fungsi daya ketahanan sel (neutrophils & lymphocytes), mengurangkan keletihan dan rasa letih melampau, meningkatkan penyerapan zat besi dan menyokong pembentukan kolagen.
· Vitamin D - menunjukkan keupayaan untuk meningkatkan imuniti semulajadi dan menghalang seseorang dari mendapat penyakit-penyakit “autoimmune” (satu keadaan di mana sistem immune pesakit itu menyerang organ, tisu, kelenjar dan sel2 pesakit itu sendiri).
· Zink – menyokong aktiviti enzim di dalam badan dan mengawalselia sel-sel immune.
· Ekstrak biji dan kulit anggur -  sumber antioksidan yang berkali ganda lebih hebat dari Vitamin C dan E dalam melawan radikal bebas.




TAHUKAH ANDA?
Di antara 8000 jenis anggur yang terdapat di dunia, anggur Muscadine adalah di antara yang terbesar dan paling jarang didapati.
Anggur Muscadine mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi kerana biji dan kulitnya yang lebih tebal berbanding anggur jenis lain.
Kulit dan bijinya mengandungi 6 hingga 8 kali lebih antioksidan berbanding blueberry, melindunginya dari penyakit, virus, bakteria dan serangga perosak.
Anggur Muscadine mengandungi sejumlah 20 kromosom sedangkan anggur jenis lain mengandungi hanya 19 kromosom.
Kromosom tambahan ini memberi keupayaan kepada anggur Muscadine untuk menghasilkan asid ellagic yang lebih banyak dari anggur lain.
Asid ellagic adalah sejenis polifenol yang merupakan ejen anti-radang, anti bakteria dan anti-virus yang sangat tinggi kekuatannya.
Segala keistimewaan ini telah mendapat perhatian dari saintis-saintis di SHAKLEE, yang telah memudahkannya untuk dimanfaatkan oleh kita semua di dalam bentuk minuman kesihatan yang berkepekatan tinggi iaitu VIVIX!


Konsentrasi polifenol yang sangat tinggi didapati sangat berkesan dalam mengekalkan kesihatan kerana sumber antioksidan yang berkeupayaan untuk:-
Meningkatkan penghasilan tenaga
Menjadikan kulit kelihatan lebih muda dan sihat
Mengawalselia tekanan darah dan paras gula yang sihat
Memelihara kesihatan sel



UNTUK DAPATKAN VIVIX, SILA HUBUNGI PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA:-

BAIZURAH (012-2130982)
MOLKAN (017-3009546)