10 Tip Untuk Menangani “Picky
Eaters”
1. Berita baik untuk ibu2, and
sebenarnya tidak perlu “berperang” dengan anak2 “picky eaters” bila tiba waktu
makan. Cuba amalkan tips ini untuk menikmati waktu makan yang aman J
1.
Jangan
paksa anak anda makan jika dia tidak lapar – ini mungkin akan buatkan “picky
eater” ini tidak suka apabila tiba masa makan. Sebaliknya hidangkan makanan
dalam kuantiti yang kecil untuk beri peluang anak anda meminta hidangan
tambahan dengan sendiri.
2.
Jangan
benarkan anak anda minum jus atau susu antara waktu makan, ini mungkin
mengurangkan selera makan anak anda. Hanya berikan jus/susu pada waktu makan sahaja
dan tetapkan waktu makan yang sama pada setiap hari.
3.
Ketika
memperkenalkan makanan yang belum pernah dimakan oleh anak anda, bercakaplah
dengannya tentang perkara selain daripada rasanya – contohnya bentuk dan aroma makanan
tersebut. Ingatlah yang anda mungkin perlu mencuba berkali-kali sebelum anak
anda mula membenarkan makanan itu masuk ke mulutnya. Hidangkan makanan baru itu
bersama-sama dengan makanan kegemarannya untuk menggalakkan anak anda mencuba
makanan yang baru diperkenalkan itu.
4.
Jadikan
waktu makan penuh keriangan – hidangkan sayuran dengan sos/dip kegemarannya,
dan potong2kan makanan dalam bentuk yang menarik dengan menggunakan acuan
biskut.
5.
Ketika
membeli-belah barang makanan di pasaraya, suruhlah anak anda memilih buah2,
sayuran2an dan lain-lain makanan berkhasiat. Jangan beli makanan yang anda
tidak mahu anak anda makan.
6.
Benarkan
anak anda membantu dalam penyediaan makanan, contohnya membasuh sayur-sayuran
atau di bawah pemerhatian ketat anda, memotong buah-buahan. Anak anda akan
lebih tertarik untuk memakan makanan yang disediakannya sendiri.
7.
Pastikan
televisyen dan gadget2 lain ditutup ketika waktu makan supaya anak anda tidak
hilang focus terhadap makanan.
8.
Jangan
berikan pencuci mulut (“dessert”) sebagai hadiah/ganjaran kerana ini akan
membuatkan anak menganggap ia adalah makanan terbaik dan menambahkan keinginan
anak anda kepada makanan yang manis2. Sebaliknya hanya beri dessert pada 2-3 hari
yang tertentu sahaja dan tiada dessert pada hari-hari lain dalam minggu
tersebut. Atau, lebih baik lagi, ajar anak anda yang “dessert” adalah yoghurt,
buah-buahan atau pilihan berkhasiat yang lain.
9.
Jadikan
diri anda contoh yang baik (role model) – jangan harap sayur akan menjadi
makanan kegemaran anak anda kalau anda sendiri tak pandang sayur sebelah mata
pun.
10. Jika anda risau yang tabiat
makan anak anda mempunyai kesan buruk ke atas kesihatan and perkembangan anak
anda, berjumpalah dengan doctor anak anda. Ingatlah tabiat makan anak anda
tidak akan berubah dalam sekelip mata, tetapi setiap langkan kecil yang anda
ambil setiap hari boleh membantu anak anda mengamalkan tabiat makan yang sihat
sepanjang hidupnya.
Anda juga boleh bantu tingkatkan selera makan anak anda dengan memberinya Shaklee Mealshakes, seperti yang ramai telah cuba dan berjaya.Hubungi saya untuk dapatkannya:-
Telefon/SMS/Whatsapp - 012-2130982 (Baizurah)

My name is Sharifah Baizurah. I am a Shaklee Independent Distributor. This blog is all about sharing of knowledge, including the goodness and benefits of Shaklee health supplements and other household products. I also wish to share with all of you the business opportunity offered by Shaklee.
0 comments:
Post a Comment